(Bahasa Melayu)
KEINGINAN
KAMU UNTUK BERTAJRID PADAHAL ALLAH MASIH MELETAKKAN KAMU DALAM SUASANA
ASBAB ADALAH SYAHWAT YANG SAMAR, SEBALIKNYA KEINGINAN KAMU UNTUK BERASBAB
PADAHAL ALLAH TELAH MELETAKKAN KAMU DALAM SUASANA TAJRID BERERTI
TURUN DARI SEMANGAT DAN TINGKAT YANG TINGGI.
Hikmat 1 menerangkan tanda orang yang bersandar
kepada amal. Bergantung kepada amal adalah sifat manusia biasa yang hidup
dalam dunia ini. Dunia ini dinamakan alam asbab. Apabila perjalanan hidup
keduniaan dipandang melalui mata ilmu atau mata akal akan dapat disaksikan
kerapian susunan sistem sebab musabab yang mempengaruhi segala kejadian.
Tiap sesuatu berlaku menurut sebab yang menyebabkan ia berlaku. Hubungan
sebab dengan akibat sangat erat. Mata akal melihat dengan jelas keberkesanan
sebab dalam menentukan akibat. Kerapian sistem sebab musabab ini membolehkan
manusia mengambil manfaat daripada anasir dan kejadian alam. Manusia
dapat menentukan anasir yang boleh memudaratkan kesihatan lalu menjauhkannya
dan manusia juga boleh menentukan anasir yang boleh menjadi ubat lalu menggunakannya.
Manusia boleh membuat ramalan cuaca, pasang surut air laut, angin, ombak,
letupan gunung berapi dan lain-lain kerana sistem yang mengawal perjalanan
anasir alam berada dalam suasana yang sangat rapi dan sempurna, membentuk
hubungan sebab dan akibat yang padu.
Allah s.w.t mengadakan sistem sebab musabab
yang rapi adalah untuk kemudahan manusia menyusun kehidupan mereka di dunia
ini. Kekuatan akal dan pancaindera manusia mampu mentadbir kehidupan yang
dikaitkan dengan perjalanan sebab musabab. Hasil daripada pemerhatian dan
kajian akal itulah lahir berbagai-bagai jenis ilmu tentang alam dan kehidupan,
seperti ilmu sains, astronomi, kedoktoran, teknologi maklumat dan sebagainya.
Semua jenis ilmu itu dibentuk berdasarkan perjalanan hukum sebab-akibat.
Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia
Kerapian sistem sebab musabab menyebabkan manusia